seorang guru yang bukan sahaja mengajar tetapi dapat melonjakkan prestasi murid-muridnya ke arah kecemerlangan.
Kita perlu berinteraksi secara professional, berkongsi pengalaman kita secara permaufakatan strategik di samping menjalankan tugas yang diamanahkan secara jujur dan ikhlas.
Renungilah pandangan ini ; Kesilapan seorang doktor akan menyebabkan kematian seorang pesakitnya, tetapi kesilapan seorang guru akan merosakkan satu generasi yang dididiknya.
Justeru itu, marilah kita bersama-sama menginsafi potensi profesion kita, agar dapat menggilap mutiara kecemerlangan di kalangan anak-anak SKMB. Mudah-mudahan usaha kita diberkati Allah S.W.T. InsyaAllah.
” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
” GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG”
Dari meja Guru Besar SKMB,
KAMARUDDIN BIN ABU HASAN.
|